Kumpulan K-pop, SuperM bersama Prudential mempersembahkan pengalaman yang tidak boleh dilupakan melalui ‘PrudentialxSuperM We DO Virtual Concert & Fan Meet’ buat peminat di seluruh Asia.
Pasti ramai yang merindui untuk menghadiri konsert bukan? Prudential Corporation Asia bersama kumpulan K-pop, SuperM telah menganjurkan satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan melalui ‘PrudentialxSuperM We DO Virtual Concert & Fan Meet’ buat peminat mereka dari seluruh Asia. Acara ini diadakan eksklusif buat pemenang kempen ‘We DO’ oleh Prudential dan juga Dance Challenges, pengguna Pulse oleh Prudential yang merupakan aplikasi all-in-one untuk kesihatan dan kesejahteraan.
Dilabelkan sebagai ‘Avengers of K-pop’, SuperM memulakan acara isitmewa ini dengan mengadakan sesi bertemu peminat secara maya. Beberapa peminat yang bertuah dari 11 pasaran Asia berpeluang mencipta pengalaman interaktif bersama ahli SuperM dengan bertanyakan soalan-soalan yang lebih personal dan menyeronokan.
Selepas selesai sesi bertemu peminat, SuperM terus menghangatkan pentas dengan lagu-lagu hit kegemaran peminat seperti ‘100’, ‘One (Monster & Infinity)’, ‘Wish You Were Here’ dan ‘With You’. Dalam memberikan energi kepada konsert ini, skrin LED mega diletakkan di belakang pentas yang menampilkan peminat yang sedang menyakdikan kumpulan kegemaran mereka di atas pentas.
Malangnya, Kai tidak dapat menyertai Taeyong, Mark, Ten dan Lucas di atas pentas secara langsung kerana terpaksa menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu. Dia kekal negatif selepas menjalani saringan Covid-19. Walaupun secara fizikalnya Baekhyun dan Taemin juga tiada kerana masih lagi dalam perkhidmatan ketenteraan, mereka sempat merakamkan beberapa mesej buat peminat ketika sesi bertemu peminat dan turut terlibat dalam persembahan yang telah dirakamkan sebelum konsert.
SuperM mempersembahkan lagu kempen ‘We DO’ yang dapat menyatukan usaha Prudential dan SuperM untuk mempromosikan kepentingan kesihatan dan kesejahteraan, selain memberikan inspirasi yang optimis serta tindakan positif. Dalam situasi yang tidak menentu kini, konsert virtual seperti ini dapat menyatukan peminat serta memberikan pengalaman yang menyeronokan. Dengan kempen ‘We DO Welll Together’ oleh Prudential ini diadakan dapat menggalakkan orang ramai untuk kekal sihat dan gembira.
Foto: Prudential Malaysia
Baca lebih lanjut: 5 Puteri Raja Yang Bakal Menjadi Ratu Satu Hari Nanti