Terima surat dan poskad dengan grafik kucing serta pendrive mengandungi sebuah lagu bertajuk The Fuzzy Kitty Waltz’ terus buatkan Keira Knightley takut untuk keluar dari kediamannya.
Peminat psiko berkenaan dikenali sebagai Mark Revill yang berusia 49 tahun. Baru-baru ini dia dikatakan telah menukar namanya kepada Mark McCattipus.
Individu ini dikhabarkan telah beberapa kali mengunjungi kediaman aktres popular ini di London untuk menghantar beberapa pucuk surat, poskad serta pendrive.
Menerusi salah satu surat yang dihantar ke peti surat kediaman Keira, tertulis di mana Revill bertanya sama ada Keira telah mendengar lagu ciptaannya itu serta menghantar dua pucuk surat kepada ibu Keira.
Sekeping poskad dengan grafik dua ekor kucing pula bertulis “Awak yang berada di sebelah kanan, seekor kucing yang kelihatan bodoh dan saya yang berada di sebelah kiri.”
Di dalam satu kenyataan emosi Keira yang dihantar ke mahkahmah, Keira menyatakan “Lelaki ini telah menyebabkan saya hidup dalam keadaan tertekan dan panik. Saya takut setiap kali saya berada di luar. Pabila saya balik, saya sentiasa melihat ke arah belakang untuk pastikan tiada bayangan orang di sebalik saya.”
“Fikiran saya terhadap anak saya yang juga berisiko adalah mimpi ngeri bagi saya,” tulisnya lagi.
Semenjak dari itu, Keira telah menaik taraf sistem sekuriti di kediamannya yang bernilai US4.9juta di utara London itu dengan kubu berteknologi tinggi, menambah bilangan CCTV dan bidai sekuriti yang lebih tinggi setelah Revill melukis satu anak panah menggunakan kapur menghala ke pintu rumahnya.
Keira juga turut mengarahkan peguamnya mendesak Revill menjauhi Keira. Suami kepada Keira, James Righton turut pernah cuba untuk mengejar peminat psiko berkenaan.
Keluarga ini dikatakn sedang mencari kediaman baru untuk berpindah berikutan trauma yang dialami mereka. Revill mengaku yang dirinya mengintip, mendakwa yang dia telah jatuh cinta dengan bintang itu serta dia mengaku pernah mengusulkan lagu baru ciptaannya kepada Keira.
Sebelum ini, Revill pernah disabitkan kesalahan sumbang kerana pernah menghantar surat kepada seorang staf di sebuah hospital berserta tiket tempahan dan perancangannya untuk keluar bersama, sebelum dia tampil ke kediaman wanita tersebut dalam keadaan bogel.
Dia berhadapan lapan minggu tempoh tahanan dan perintah sekatan.