Pasangan sama cocok sama padan, Keith Foo dan Kim Raymond bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.
Dikhabarkan Kim Raymond kini sudah memasuki enam bulan kehamilan dan dijangka akan melahirkan bayi sulungnya itu pada Julai depan. Bahkan, Keith Foo sendiri turut berasa teruja untuk bergelar bapa serta apatah lagi pabila mengetahui bahawa mereka bakal dikurniakan dengan bayi perempuan.
“Kandungan Kim sudah memasuki usia enam bulan. Dia dan bayi dalam kandungan juga dalam keadaan sihat. Tiada masalah setakat ini. Kami sudah imbas kandungan dan bayi itu adalah perempuan. Setakat ini, kami belum menetapkan nama untuk bayi itu,”ujar Keith Foo kepada Utusan Online.
Keith turut sentiasa berdoa semua Kim dan kandungan sentiasa dalam keadaan sihat sehingga ke hari yang dinantikan. Dalam masa yang sama, Menjadi kebiasaan akan ada proses mengidam ketika wanita hamil, namun perkara ini dirasai oleh Keith.
Dia mengakui yang dirinya secara tiba-tiba gemar memakan coklat setiap hari. Jelasnya masalah mengidam isterinya seakan tempias kepada dirinya. Demi untuk menjaga isterinya, Keith sekarang ini sedang menghentikan seketika sebarang kerja seni demi untuk memberikan tumpuan pada Kim.