Sejak dikritik kerana hanya menampilkan barisan ahli berkulit putih, Hollywood Foreign Press Association dan Anugerah Golden Globe terus mencipta kontroversi.
Tahun ini walaupun membariskan filem dan rancangan televisyen yang layak diberi pengiktirafan, beberapa pelakon berbakat besar dipinggirkan daripada senarai pencalonan Golden Globe Ke-79.
Seperti dijangka, rancangan seperti Ted Lasso, Squid Game, Succesion dan Hacks dicalonkan dalam beberapa kategori termasuk Best Television Series. Sebaliknya beberapa pelakon yang menonjol seperti Selena Gomez dan Meryl Streep tidak disenaraikan.
Sebelum senarai pemenang diumumkan hari ini, ayuh lihat beberapa kejutan dan ‘penghinaan’ dalam pencalonan tahun 2022.