Baru tiga bulan mengumumkan perceraian dengan Lisa Bonet, kini Jason Momoa dilihat dalam misi mencari cinta baharu.
Kehadiran Jason di parti Vanity Fair Oscar 2022 baru-baru ini mencuri perhatian. Bukan kerana penampilan yang segak tetapi kerana aksi mesranya bersama pelakon jelita, Kate Beckinsale.
Jurugambar sempat merakam aksi pasangan itu dalam suasana yang agak intim – bergurau senda, bergelak ketawa dan berdiri rapat di antara satu sama lain sebelum bintang Aquaman itu menyarung jaketnya ke bahu Kate untuk menghangatkan tubuhnya yang kesejukan.

