Januari lalu Jason mengumumkan perceraiannya dengan isteri yang dikahwininya lima tahun lalu menerusi satu kenyataan bersama di Instagram.
“Kita semua melalui tekanan dan perubahan dalam saat sukar ini. Revolusi sedang berlaku, begitu juga dengan keluarga kami. Jadi kami ingin berkongsi bahawa perkahwinan kami telah sampai ke penghujungnya.
“Cinta kami akan berterusan dan berkembang dengan cara yang ingin kami ingati. Kami membebaskan satu sama lain untuk menjadi diri kami yang baharu.”
Walau timbul ura-ura yang mengatakan pasangan itu kembali tinggal sebumbung, Jason menafikannya di karpet merah Anugerah Akademi beberapa hari lalu. “Kami tidak kembali bersama, kami adalah keluarga buat selamanya,” katanya.
Foto: Mega