Sebagai tambahan kepada video pendek yang memaparkan patung Young Hee dengan latar belakang muzik menyeramkan, Netflix turut berkongsi mesej khas daripada pengarah, penulis dan penerbit eksekutif siri popular itu, Hwang Dong Hyuk.
Menerusi mesej tersebut, dia mengesahkan bahawa Lee Jung Jae dan Lee Byung Hun akan menghidupkan kembali watak mereka sebagai Gi Hun dan Front Man dalam musim kedua.
“Squid Game musim pertama mengambil masa 12 tahun untuk direalisasikan tahun lalu. Namun ia mengambil masa hanya 12 hari untuk menjadi siri paling popular di Netflix.
“Sebagai penulis, pengarah dan penerbit Squid Game, saya amat terharu dengan sokongan peminat dari seluruh dunia. Terima kasih kerana menonton dan menyukai rancangan kami. Gi Hun dan Front Man akan kembali, musim kedua akan tiba tidak lama lagi,” tulisnya.