Oleh: Farhana Fuad
Gambar: PrettyPeektures
Pasangan selebriti tempatan yang cukup terkenal dengan keserasian mereka Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim selamat dikurniakan zuriat pertama mereka setelah tiga tahun melalui alam perkahwinan bersama.
Bayi perempuan Lisa dan Yusry dilahirkan pada 15 September lalu, pada jam kira-kira pukul 11.44malam di Pantai Medical Centre Bangsar. Bayi pertama yang dikurniakan kepada pasangan sama cocok sama padan ini dilahirkan dengan berat 3.4kg. Nama bayi perempuan Lisa dan Yusry ini akan dinamakan setelah tujuh hari kelahiran.
Lisa dan suami dihujani dengan ucapan tahniah di laman sosial mereka atas berita gembira ini. Antara yang berkongsi kegembiraan termasuklah Datuk Aznil Haji Nawawi, rakan-rakan selebriti serta rakan media.
Gambar: Instagram Datuk Aznil Nawawi
Tidak kurang juga dengan komen dari pembaca dan peminat Lisa dan Yusry, dari ucapan tahniah hinggalah tip berpantang buat aktres kegemaran mereka ini. Dan ada juga yang turut memberikan komen yang kurang menyenangkan. Namun ianya tidak perlu diendahkan kerana Lisa dan keluarga pasti akan menjaga kesejahteraan ibu dan bayi sepanjang tempoh berpantang ini.
Melihat sahaja pada raut wajah Lisa dan Yusry, ternyata mereka sangat bersyukur dan gembira atas kurniaan ini kerana sememangnya boleh dilihat akan sifat Lisa dan Yusry yang sukakan kanak-kanak. Ianya boleh dilihat melalui akaun Instagram mereka sebelum ini apabila sering kali muat naik foto bersama anak buah atau anak sahabat handai.
EH! berkongsi foto rasmi oleh pasangan ini melalui jurugambar peribadi mereka. Tahniah buat Lisa Surihani dan Yusry.