Sebuah video yang menyaksikan aktres Kanada-Amerika itu menyertai perarakan di Westminster Abbey menjadi tular di internet sekali gus mencetus perbualan hangat di kalangan netizen.
Seorang pengguna Twitter sempat meluahkan rasa terkejut dengan menulis, “Adakah saya tersilap pandang atau saya benar-benar melihat kelibat Sandra Oh di upacara pemakaman Ratu Elizabeth?”.
Pelakon itu dilihat menyertai pemegang gelaran The Victoria Cross, The George Cross dan Orders of Chivalry, juga Pegawai Komanwel lain yang dijemput untuk mengambil bahagian.
Kebenaran yang tidak diketahui ramai adalah Sandra dilantik menjadi pegawai Order of Canada pada awal tahun ini dan dijemput secara rasmi ke upacara tersebut sebagai sebahagian daripada delegasi Kanada.