Selain itu, pemenang American Idol itu juga perlu membayar kepada bekas suami sebanyak $115,000 sebagai bayaran tambahan sokongan suami isteri setiap bulan sehingga 31 Januari 2024.
Ladang ternakan bernilai $17,750,000 antara isu yang paling menjadi perbalahan. Hos The Kelly Clarkson Show, telah diberikan pemilikan ladang itu, tetapi Brandon mengatakan ia adalah “harta perkahwinan” dan enggan pergi.
Dokumen mahkamah menyatakan bahawa penyanyi itu akan mendapatkan hak haiwan peliharaan keluarga, kereta mewah jenis Ford Bronco, Ford F-250, dan Porsche Cayenne, serta simulator penerbangan.