Bintang berusia 30 tahun itu tidak asing lagi di kalangan peminat K-Drama. Dia pernah muncul dalam pelbagai drama popular antaranya Hi Bye, Mama!, The School Nurse Files dan Yumi Cells.
Projek terakhirnya sebelum menghembuskan nafas terakhir adalah drama terbitan JTBC, Snowdrop yang kini sedang ditayangkan di kaca televisyen dan mendapat maklum balas positif daripada penonton.
Dalam siri melodrama romantis berunsurkan sejarah itu, Kim Mi Soo memegang peranan sebagai Yeo Jung Min iaitu rakan baik kepada watak Young Ro yang dimainkan oleh Jisoo Blackpink.
Foto: Instagram
Baca: Selepas 20 Tahun, Satu Lagi Petunjuk Kematian Aaliyah Terbongkar