Penampilan terkini bintang Polis Evo, Shaheizy Sam mencetuskan perbualan hangat di media sosial baru-baru ini.
Minggu lalu Shaheizy Sam berkongsi sebuah video yang menunjukkan dirinya sedang bersenam di gimnasium, sekali gus menyerlahkan tubuh dan lengannya yang berotot di sebalik singlet putih yang disarungnya.
“Boleh ke kurus kalau tak pergi gim? Boleh! Yang penting jangan tipu diri sendiri,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menurut pelakon itu, tiada apa yang mustahil jika mempunyai disiplin yang tinggi dan bersifat jujur terhadap diri sendiri untuk mencapai hasil diingini.