Perkongsian itu nyata mengundang keterujaan di kalangan peminat yang terkejut melihat transformasi Shaheizy Sam daripada buncit dan agak berisi menjadi tegap dan berotot dalam masa singkat.
“Dia boleh gemuk, dia boleh kurus.”
“Yesss, ini baru padu!”
“Abang Sam ni gemuk boleh sepantas kilat, kurus pun sepantas kilat. Mantap!”
“Kalau bina badan mesti ada filem meletup nak keluar. Okey, kami akan tunggu,” tulis beberapa peminat.
Selain memuat naik video senaman, dia turut berkongsi tip pemakanan untuk menurunkan berat badan dengan cara pantas.