Menerusi beberapa hantaran terbaharu, pelakon berusia 40 tahun itu dilihat mengamalkan diet OMAD (one meal a day) dan menggantikan pengambilan karbohidrat dengan alternatif lebih sihat iaitu konjac.
“Satu hidangan saja sehari, boleh? Badan kurus, duit pun jimat. Ingat, jangan tipu diri sendiri! Kuey teow goreng Permatang Tok Mahat, tapi pakai konjac.”
“Nak kurus cepat atau lambat? Contoh: Cuma dengan OMAD anda boleh kurus dalam masa 30 hari, tapi ditambah dengan senaman, anda boleh kurus dalam masa 15 hari sahaja. Ini asas buat anda yang tak tahu.”
“One meal a day + zero carbs = Potong jari kalau anda tak kurus! Sam sarankan OMAD ni pada yang masih tak reti kira kalori dan yang tak ada gastrik,” kongsinya.