Selebriti yang bergelar isteri kepada Datuk Farid Kamil dan ibu kepada dua orang anak ini berkongsi momen-momen yang tidak boleh dilupakan ketika hari bahagianya.
Pasangan paling digemari ramai ini berkahwin pada 3 November 2012 dan telah pun dikurniakan dengan dua orang anak iaitu Muhammad dan Nur Aurora. Sudah semestinya setiap perkahwinan pasti akan ada pasang surutnya, tidak dikecualikan rumah tangga Datuk Farid dan Datin Diana.
Meskipun sebelum ini pernah kecoh tentang rumah tangga mereka yang dikatakan goyah, namun ikatan mereka sebagai suami isteri masih utuh dan kekal bersama biarpun apa yang melanda. Lihat sahaja pada dugaan yang ditimpa mereka berikutan Datuk Farid didakwa telah menampar pegawai polis serta direman selama empat hari, mereka masih lagi berpegang pada cinta yang terjalin sejak bertahun-tahun lamanya.
EH! secara eksklusif menemu bual Datin Diana Danielle tentang perkahwinannya dengan Datuk Farid Kamil untuk Jurnal Selebriti EH! Perkahwinan. Klik seterusnya untuk ikuti temubual tersebut.