Pada 16 Oktober, Cadbury Malaysia melancarkan kempen “Pilih Yang Anda Gemari” untuk mengenal pasti perisa Cadbury Dairy Milk kegemaran rakyat Malaysia dengan menampilkan barisan selebriti terkemuka tanah air. Kempen ini akan berjalan selama dua minggu sehingga 28 Oktober.
Diana Danielle, Farid Kamil, Carmen Soo, Soo Wincci, Gan Mei Yan, Jeff Chin, Joe Flizzow, Fazura dan Kuah Jenhan berkongsi tentang perasa kegemaran mereka sambil berkempen supaya perisa kegemaran mereka dipilih sebagai perisa terkemuka Malaysia. Peminat boleh mengikuti perkembangan selebriti kegemaran melalui Facebook, Twitter dan Instagram. Paling menarik, akan ada beberapa kejutan yang akan diumumkan melalui laman sosial tersebut!
Layari www.facebook.com/CadburyDairyMilk untuk mengundi perisa kegemaran dan jangan lupa untuk menggunakan hashtag #pickmyfavourite dan handle @CadburyMY .