Segak dan feminin dalam busana warna padan hitam, kemunculan Rihanna & A$AP Rocky di Golden Globes curi perhatian lensa kamera.
Kemunculan Rihanna & A$AP Rocky di Golden Globes curi perhatian apabila pasangan itu pertama kali membuat kemunculan debut red carpet Anugerah Golden Globes bersama setelah rasmi berpacaran. Kehadiran pasangan Shine Bright Like A Diamond itu mendapat pengiktirafan anugerah Pakaian Terbaik (Pasangan) pada malam anugerah Golden Globes kelmarin.
Duduk bersama di meja makan mereka, Rihanna yang memenangi Lagu Asal Terbaik untuk single Black Panthernya, “Lift Me Up”—dan Rocky kedua-duanya memilih untuk menyerlahkan warna klasik hitam. Walaupun ia warna klasik atau dikira sebagai ‘warna selamat’, tidak terasa sama sekali membosankan apabila Rihanna dan A$AP Rocky menggayakannya. Sebaliknya, ia terasa sangat segar dan terkini.
Rihanna pada malam kelmarin menyarungi busana Schiaparelli yang direka oleh Daniel Roseberry. Gaun baldu hitam tanpa tali bahu itu diselingi dengan perincian siluet jubah bersaiz besar di bahagian belakangnya. Anting-anting Cartier yang menyilaukan dan choker emas berlian 18 karat menjadi pelengkap gaya Rihanna. Fabulous!
Manakala bagi penampilan Rocky pula, dia memakai tuxedo hitam tradisional dengan lapel satin, lengkap dengan kemeja berbutang putih dan tali leher hitam yang minimalis. Anting-anting berliannya terselah dengan hiasan rantai leher warna putih melengkapkan gaya segak dan tampak mahal. Memandangkan mereka kini ibu bapa yang sibuk, adalah mengagumkan apabila mereka masih mempunyai cita rasa fesyen yang segar dan kelihatan senang sepanjang majlis anugerah berlangsung.
Artikel berkaitan: 10 Gaya Terbaik di Golden Globes 2023