Kim Seon Ho akan menggalas peranan sebagai Pengarah Choi Guk Jang, ahli jawatankuasa kerajaan yang ditugaskan untuk mengendalikan program itu secara tidak rasmi.
“Saya amat berbesar hati kerana berpeluang menghiburkan penonton dengan peranan Pengarah Choi yang mempunyai daya tarikan berbeza daripada watak yang pernah saya jayakan sebelum ini,” katanya.
Ini merupakan kerjasama keduanya bersama sutradara Park Hoon Jung selepas filem The Child yang turut dibintangi oleh Cha Seung Won. Ia juga akan ditayangkan pada tahun ini.
“Dapat bekerja dengan pengarah Park sekali lagi selepas The Child adalah satu penghormatan yang amat besar buat saya,” tambahnya.