Kim Seon Ho menyepikan diri dari industri hiburan pada Oktober 2021 selepas terlibat dalam kontroversi yang mencalarkan imej dan reputasinya sebagai selebriti berpengaruh di Korea Selatan.
Dia dilaporkan memaksa bekas teman wanitanya menggugurkan kandungan sebaik sahaja mendapat tahu mengenai kehamilannya dan menabur janji palsu untuk mengahwininya.
Beberapa hari selepas berita tersebut menjadi tular di media sosial, aktor berusia 37 tahun itu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka. Malangnya nasi sudah menjadi bubur apabila namanya digugurkan daripada beberapa projek filem dan rancangan hiburan.
Bagaimanapun hanya selepas sembilan bulan, dia kembali menghiburkan peminat menerusi pementasan teater bertajuk Touching The Void yang berlangsung dari Julai hingga September 2022.
Foto: Hallyu Talk
Foto: Soompi
Baca: Kim Seon Ho Rangkul Dua Trofi Di Anugerah Artis Asia 2021