9. Charli D’Amelio
Bintang Renegade dengan 170 juta pengikut ini menjadi penari popular sejak mula menyertai TikTok dua tahun lalu pada usia 15 tahun. Daripada kerjasama dengan jenama besar Dunkin Donuts sehinggalah podcast yang berjaya, boleh dikatakan dia merupakan salah seorang idola buat generasi muda TikTok. Sebanyak 18.1% peserta tinjauan mengenali Charli dan 31% merupakan peminatnya. Namun malang, 34% tidak menyukainya. Ini mungkin disebabkan kontroversi siput dalam hidangan paella tradisional yang dinikmatinya hujung tahun lalu.