7. Shane Dawson
Bermula sebagai bintang YouTube, Dawson mempunyai perjalanan yang agak menarik sebagai seorang influencer. Dia memulakan saluran YouTube miliknya pada 2005 dan berjaya mengumpul 20.8 juta pengikut. Namun tidak lama kemudian tersebar beberapa video lama yang menunjukkan dirinya melakukan perbuatan rasisme, menyebabkan popularitinya jatuh menjunam. Sebanyak 19.6% peserta tinjauan mengenalinya, di mana 20% menyukainya manakala 44% pula sebaliknya.