Di sebalik setiap kemenangan di podium dan aksi mendebarkan para juara dunia di litar, ada sosok istimewa yang menjadi sumber kekuatan serta pembakar semangat. Walaupun tidak memegang stereng di dalam kokpit, wanita-wanita ini tetap mencuri perhatian dunia menerusi personaliti, gaya dan citarasa fesyen mereka.
Daripada penampilan elegan yang menjadi inspirasi peminat hinggalah sokongan penuh di sebalik tabir, kehadiran mereka di paddock bukan sekadar melengkapkan suasana perlumbaan, tetapi turut mencipta fenomena tersendiri dalam budaya Formula 1. Mereka bukan hanya dikenali sebagai pasangan kepada pemandu F1, malah tampil dengan identiti, kerjaya dan pengaruh masing-masing.
Jom kenali tujuh wanita yang mencuri tumpuan sebagai pasangan kepada bintang Formula 1 paling terkenal di dunia.
Alexandra Saint Mleux
Nama Alexandra Saint Mleux mula dikenali selepas hubungannya bersama pemandu Ferrari, Charles Leclerc, menjadi perhatian peminat Formula 1. Selain kisah cintanya, Alexandra turut mencuri perhatian menerusi gaya fesyen yang elegan, minimalis dan chic, menjadikannya antara figura paling bergaya di paddock. Mempunyai minat mendalam terhadap seni, Alexandra membina identiti tersendiri sebagai figura digital yang sering menjadi inspirasi peminat fesyen. Pasangan ini mula mendapat perhatian umum sekitar 2023 sebelum selamat bergelar suami isteri menerusi majlis perkahwinan intim di Monaco pada 2026.
Kelly Piquet
Sebagai anak kepada legenda F1, Nelson Piquet, Kelly Piquet membesar dalam suasana yang dekat dengan dunia perlumbaan sejak kecil. Kini menjalin cinta bersama juara dunia Formula 1, Max Verstappen, Kelly sering menjadi sorotan apabila hadir di paddock. Meupakan model dan personaliti media sosial, dia dikenali dengan gaya hidup mewah, citarasa fesyen yang elegan serta kemampuannya mengimbangi kehidupan keluarga dan kerjaya. Hubungan Kelly dan Verstappen turut menjadi perhatian kerana mereka berkongsi sisi kehidupan yang lebih peribadi di luar tekanan dunia perlumbaan.
Carmen Montero Mundt
Carmen Montero Mundt merupakan pasangan kepada pemandu Mercedes, George Russell. Tidak seperti sesetengah figura dalam dunia F1 yang lebih terbuka berkongsi kehidupan peribadi, Carmen lebih selesa mengekalkan privasi. Namun, kehadirannya di perlumbaan sering mendapat perhatian peminat. Dengan latar belakang dalam bidang kewangan, Carmen membuktikan bahawa pasangan F1 juga mempunyai identiti dan perjalanan profesional tersendiri. Gaya fesyennya yang moden serta penampilannya yang elegan menjadikan dia antara figura popular dalam kalangan peminat paddock.
Lily Zneimer
Lily Zneimer menjadi perhatian selepas hubungannya bersama bintang muda McLaren, Oscar Piastri. Berbeza dengan gaya glamor kebanyakan pasangan selebriti, Lily lebih dikenali dengan imej sederhana dan privasi. Dia sering memberikan sokongan kepada Piastri sepanjang perjalanan kariernya dalam Formula 1. Hubungan mereka menjadi perhatian peminat kerana memaparkan sisi lebih santai.
Rebecca Donaldson
Rebecca Donaldson merupakan model profesional yang mencuri perhatian selepas dikaitkan dengan pemandu Formula 1, Carlos Sainz. Dengan pengalaman dalam industri fesyen, Rebecca sering tampil dengan gaya yang chic ketika menghadiri acara perlumbaan. Penampilannya yang sentiasa bergaya menjadikannya antara pasangan F1 yang sering menjadi tumpuan kamera. Selain menjadi penyokong kepada Sainz, Rebecca juga merupakan seorang model.
Kika Cerqueira Gomes
Kika Cerqueira Gomes merupakan model dan personaliti media sosial dari Portugal yang dikenali sebagai pasangan kepada pemandu Alpine, Pierre Gasly. Mempunyai latar belakang dalam dunia fesyen, Kika sering menarik perhatian menerusi gaya elegan dan penampilannya yang moden. Hubungannya bersama Gasly turut menjadi perhatian kerana kedua-duanya sering menunjukkan sokongan terhadap perjalanan profesional masing-masing.
Kim Kardashian
Dunia Hollywood dan Formula 1 menjadi perhatian apabila nama Kim Kardashian dikaitkan bersama juara dunia F1, Lewis Hamilton. Sebagai salah seorang fugura paling berpengaruh di dunia, Kim Kardashian dikenali menerusi empayar fesyen dan kecantikannya, termasuk jenama popular SKIMS.Hubungan mereka menjadi perhatian kerana kedua-duanya merupakan ikon dalam bidang masing-masing.
Artikel Berkaitan: 5 Momen Paling Ikonik & Diingati Dalam Sejarah Litar Sepang F1





















