Atlet harapan Malaysia bukan sahaja mendedikasikan diri mereka dalam mengejar kecemerlangan dalam sukan, tetapi mereka juga memberikan yang terbaik untuk mengharumkan nama negara kita.
Atlet sering berkongsi sifat yang sama, semangat, keazaman, dan keinginan yang sangat diperlukan untuk berada di puncak sukan. Malaysia tidaklah terkenal seperti negara Jamaica di mana mereka popular dengan pelari pecut, negara Rusia dengan peluncur ais tetapi negara kita juga mempunyai permata.
Atlet-atlet ini telah memberikan yang terbaik untuk mengharumkan nama negara. Sepanjang kerjaya cemerlang mereka, atlet ini tidak pernah berputus asa walaupun dalam cabaran yang paling sukar. Mereka telah mengatasi banyak halangan dalam mengejar kejohanan. Pada masa yang sama, kisah kejayaan atlet-atlet kebangsaan di peringkat antarabangsa perlu dijadikan sebagai pencetus inspirasi buat pelapis-pelapis baharu dalam meraih kejayaan dalam bidang masing-masing. Bintang yang sedang meningkat naik, mari kita kenali atlet-atlet harapan Malaysia.