1. An Najwa
An Najwa binti Azizan merupakan atlet bola jaring Malaysia yang terkenal dengan gelaran ‘beauty killer‘. Berusia 25 tahun dan mempunyai ketinggian 179cm, Najwa mewarisi bakat bersukan daripada bapanya Azizan Azmi, yang merupakan bekas pemain ragbi kebangsaan. Beliau mula melibatkan diri dalam sukan melalui acara olahraga, lompat jauh sebelum beralih kepada bola jaring semasa berada di Sekolah Sukan Kuala Lumpur (SSKL). An Najwa juga telah mencipta sejarah pada 2018 apabila menjadi pemain Malaysia pertama yang bermain di luar negara dengan bermain bersama pasukan Liga Bola Jaring Australia dengan kontrak selama setahun. Baru-baru ini pada Asian Netball Championships 2022, An Najwa dan pasukan meraih pingat gangsa.