3. Aniq Kasdan
Mohamad Aniq bin Kasdan ialah atlet angkat berat Malaysia. Berusia 20 tahun, anak kelahiran Johor ini sudah menepah nama ke luar negara dan membanggakan Malaysia pada usia yang muda. Walaupun sibuk dengan kerjayanya sekarang, beliau masih pelajar di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi di Universiti Teknologi MARA. Pada 2021, Aniq memenangi pingat emas di Kejohanan Angkat Berat Komanwel di Tashkent, Uzbekistan dan pada 2022 tahun ini, Aniq menyertai acara angkat berat Sukan Komanwel kategori 55 kg. Dia mencipta rekod Sukan baru 142 kg, memenangi pingat pertama Malaysia dan pingat emas pertama dalam temasya itu.