Tanggal 2 Oktober 2025 bakal mencatat sejarah baharu dalam institusi Diraja Selangor apabila Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya, Cik Afzaa Fadini binti Dato’ Abdul Aziz.
Majlis akad nikah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersama pilihan hatinya, Cik Afzaa Fadini binti Dato’ Abdul Aziz dijadualkan berlangsung di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang, sebelum diteruskan dengan persandingan serta santapan diraja pada 22 Oktober.
Di sebalik istiadat gilang-gemilang ini, sosok Afzaa Fadini muncul sebagai figura yang mengundang rasa ingin tahu rakyat.
Siapakah sebenarnya wanita yang berjaya menawan hati pewaris takhta Selangor ini?
1. Alumni King’s College London
Selepas tamat pengajian di peringkat BA Development Studies and Economics, Cik Afzaa Fadini melanjutkan pelajaran ke King’s College London, salah sebuah universiti terkemuka dunia dan berjaya menamatkan pengajian Master’s Degree dalam bidang Sustainable Cities (2015–2016). Bidang ini menekankan aspek pembangunan bandar lestari, perancangan ruang, serta keseimbangan antara kemajuan ekonomi dan kelestarian alam
2. Pengarah Eksekutif Tropical Rainforest Conservation & Research Centre
Beliau berkhidmat sebagai Project Manager di Tropical Rainforest Conservation & Research Centre (TRCRC) dari Oktober 2020 hingga Mac 2025, iaitu selama lebih empat tahun. Dalam tempoh itu, beliau menggalas tanggungjawab penting dalam pengurusan serta perlindungan kawasan konservasi yang berada di bawah program pemulihan hutan aktif di Semenanjung Malaysia.
Baca: DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Bakal Bernikah 2 Oktober