Selebriti muda Indonesia yang semakin mendapat perhatian dalam dunia hiburan, Davina Karamoy membina reputasi yang kukuh dalam industri hiburan dalam masa yang singkat dan memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, mewakili karya yang dinominasikan, Ipar Adalah Maut.
Davina Karamoy memulakan kerjayanya sebagai pelakon dalam beberapa sinetron dan filem televisyen. Dengan kemahiran lakonan semulajadi dan emosinya, dia mampu mencuri perhatian penonton dan baru-baru ini memenangi tiga percalonan Pelakon Pembantu Wanita.
Selain berlakon, Davina juga aktif dalam dunia fesyen dan kecantikan. Memiliki wajah runcing dan manis melayakkan Davina menjadi wajah pelbagai kempen jenama fesyen tempatan dan antarabangsa.
Lakonannya yang memukau telah berjaya mencuri perhatian ramai termasuk di Malaysia, terutama dalam menggambarkan watak-watak yang memerlukan penghayatan mendalam. Kenali pelakon berbakat Davina Karamoy:
1. Mualaf
Davina sebelum ini menganut agama Kristian dan mengalami detik Hidayah yang mempengaruhi keputusannya untuk memeluk Islam. Detik ini berlaku ketika dia sakit dan demam panas.
Davina berkata, ketika dia sakit, ibunya yang beragama Islam memberinya surah Al Isra’. Davina mengakui ketika itu dia tidak boleh membaca huruf Arab, tetapi dia mengikut bacaan ibunya. Tambahnya, selepas membaca Surah Al Isra’, dia merasakan perubahan. Badannya yang sebelum ini tidak bergerak dan sakit mula beransur pulih. Detik ini merupakan permulaan bagi Davina membuat keputusan untuk menjadi mualaf dan memeluk Islam pada umur belasan tahun.
2. Aanak Kembar Lima
Menerusi Podcast Breakdown Bro, Davina mempunyai adik beradik kembar lima dalam perut ibunya. Malangnya, daripada lima janin kembar dalam perut ibunya, hanya Davina Karamoy yang terselamat. Ketika ibu bersalin, ke-empat kembar diisytiharkan meninggal dunia kerana tidak berkembang.
3. Adik-Beradik Kembar
Selain Davina yang mempunyai kembar lima, adik-beradik Davina juga merupakan pasangan kembar dua. Jelas Davina, abangnya merupakan kembar dua, manakala adiknya pula kembar 2.
“Jadi saya ada kembar abang, bernama Allesandrio Reinhard Karamoy dan Allesandro Reynard Karamoy, kemudian saya ada seorang lagi adik berumur 13 tahun, kembar perempuan, Serafina Belacia Karamoy dan Winona Elysia Karamoy. Jadi saya rasa itu satu keajaiban,” akhirinya.
4. Keluarga Campuran Agama
Davina Karamoy merupakan anak ketiga pasangan Yesky Askiando Karamoy dan Esther Novita. Dalam keluarganya, bapanya, Yesky Askiando Karamoy, menganut agama Kristian manakala ibunya, Esther Novita, seorang Muslim. Walaupun berasal dari dua tradisi agama yang berbeza, keluarga Davina menjalani kehidupan yang harmoni dan menghormati kepercayaan masing-masing.
5. Keturunan Minahasa
Keturunan Minahasa biasanya mempunyai wajah yang cantik, runcing dan menawan. Kata Davina, dia mempunyai darah Minahasa, daripada bapanya. Warisan budaya ini bukan sekadar kisah kekeluargaan, malah turut ditunjukkan melalui nama keluarga iaitu ‘Karamoy’. Nama Karamoy sendiri adalah nama keluarga yang melekat pada orang-orang berketurunan Minahasa.