Hanya sekali lafaz, tumpuan turut terarah kepada lelaki yang berjaya menawan hati penyanyi dan komposer berbakat itu, Dr. Zamir Hilman.
Di sebalik majlis perkahwinan ini, sosok Dr. Zamir Hilman muncul sebagai figura yang mengundang rasa ingin tahu peminat.

Perkenalan mereka bermula secara tidak dijangka ketika Sissy bertemu pasanganya sewaktu mendapatkan rawatan perubatan, dan sejak itu hubungan mereka berkembang ke arah yang lebih serius sehingga membawa ke keputusan untuk mendirikan rumahtangga pada bulan Disember ini.
Fakta menarik tentang Dr. Zamir Hilman, suami Sissy Imann?
1. Doktor Perubatan
Dr. Zamir Hilman mrupakan graduan pendidikan perubatan di Crimea State Medical University, di mana beliau memperoleh ijazah Doktor Perubatan (MD). Sejak memulakan kerjaya klinikalnya pada 2011, beliau berdaftar secara rasmi di bawah Malaysia Medical Council (MMC) dan terus berkembang sebagai doktor yang aktif, progresif dan dekat dengan masyarakat.
2. Pengasas Careninja PLT, Shah Alam
Kini, Dr. Zamir meneruskan kerjaya melalui platform lebih menyeluruh di Careninja PLT, Shah Alam, dengan fokus kepada functional medicine. Pendekatan ini memberi tumpuan kepada punca masalah kesihatan, bukan sekadar merawat simptom dan sudah menjadi pilihan ramai terutama generasi yang mementingkan kesihatan jangka panjang.
3. Pempengaruh kesihatan
Selain kerjaya klinikal, Dr. Zamir semakin dikenali sebagai pempengaruh kesihatan yang aktif dan konsisten berkongsi ilmu di platform media sosial. Gaya penyampaiannya lebih ringkas dan mudah difahami, tidak menghakimi, dan menggunakan fakta serta data sebagai asas. Beliau sering berkongsi topik seperti kesan gula kepada tubuh, pengurusan tekanan, pemakanan berasaskan sains serta mitos-mitos kesihatan yang sering dikelirukan masyarakat. Pendekatan mesra dan profesional ini membuatkan ramai selesa mendapatkan pandangan daripadanya.
4. “Blend of Art & Science”
Sissy Imann dengan dunia seni dan kreativitinya, sementara Dr. Zamir dengan dunia perubatan dan pemikiran analisis, pasangan ini menghadirkan keseimbangan menarik. EH! melihat mereka sebagai pasangan “blend of art & science” yang saling menyokong kerjaya masing-masing. Selamat pengantin baru buat Sissy Imann dan pasangan, Dr. Zamir Hilman.
Baca: 10 Lagu Tempatan Paling Banyak Distrim di Spotify 2025
