Nama Farah Athirah Rozman kini menjadi sebutan selepas sah bergelar isteri kepada pelakon Jazmy Juma dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung pada pagi Sabtu, 27 Jun 2026.
Perkahwinan Jazmy Juma dan Farah Athirah Rozman berlangsung dalam suasana tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat, namun tetap mencuri perhatian ramai apabila berita gembira itu mula tersebar di media sosial.
Jazmy Juma dan Farah Athirah disatukan dengan sekali lafaz dan Jazmy menyerahkan mas kahwin sebanyak RM555 sebagai simbolik penyatuan mereka sebagai suami isteri.
Perkahwinan yang mengejutkan ramai ini turut menjadi bualan apabila tidak banyak kisah hubungan mereka didedahkan kepada umum sebelum ini.
Siapakah wanita bernama Farah Athirah Rozman yang berjaya memiliki hati pelakon Jazmy Juma?

1. Pengasas Mooi Beauty & usahawan online
Farah Athirah merupakan pengasas jenama kecantikan Mooi Beauty yang menawarkan pelbagai produk seperti pemerah pipi, penggaris gincu, gincu gloss dan kanta mata. Beliau aktif menguruskan operasi perniagaan dalam talian termasuk pemasaran di TikTok dan Instagram, logistik serta hubungan pelanggan. Menariknya, beliau berjaya mencapai jualan lima angka hanya dalam tempoh dua bulan pertama operasi, dengan kadar kepuasan pelanggan sehingga 98%!

2. Graduan Universiti Selangor (UNISEL)
Farah memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia (Kepujian) dari Universiti Selangor (UNISEL) dengan CGPA 3.33. Sepanjang pengajian, beliau aktif sebagai Ketua Program Forum Human Resource Future Talents yang berjaya menarik lebih 70 peserta melalui strategi promosi media sosial yang berkesan. Beliau juga pernah menyertai kerja sukarelawan bersama Kechara Soup Kitchen pada Jun 2022 dengan mengagihkan makanan dan keperluan asas kepada golongan gelandangan di Kuala Lumpur.
3. Pernah belajar di UiTM & aktif sukan sosial
Sebelum itu, Farah turut mengikuti pengajian Foundation of Law di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dari tahun Jun 2026 sehingga Jun 2027.

4. Pempengaruh media sosial popular
Selain dunia perniagaan, Farah juga aktif sebagai pempengaruh media sosial dengan 66.5 ribu pengikut di TikTok serta 35.6 ribu pengikut di Instagram. Kehadirannya di platform digital menjadikannya semakin dikenali dalam kalangan netizen.
Baca: Fenomena 26.06.26, 4 Selebriti & Pempengaruh Ini Pilih Hari Istimewa Untuk Bernikah
