Selepas kejayaan Squid Game dan My Name, Netflix membawakan sebuah lagi siri menarik buat peminat K-Drama berjudul Inspector Koo.
Ditayangkan bermula 30 Oktober lalu, Inspector Koo menyusuri perjalanan seorang bekas pegawai polis yang kini bergelar penyiasat insurans (Lee Young Ae) dalam memburu seorang pembunuh bersiri jelita yang dilakonkan oleh Kim Hye Jun.
Bintang berusia 26 tahun ini mula menjadi terkenal setelah memegang peranan sebagai permaisuri dalam siri Kingdom pada 2019.
EH! kongsikan beberapa fakta menarik mengenai aktres muda berbakat besar dan berkarisma ini.