Merupakan Bintang Versatil
Mungkin ada yang beranggapan aktres muda seperti Kim memulakan kerjaya dalam bidang lakonan menerusi drama komedi atau romantis tipikal. Hakikatnya, dia membuat kemunculan sebagai pelakon menerusi siri web yang berkisar tentang percintaan songsang, Lily Fever pada 2015.
Kim kemudian ditawarkan watak pelakon pembantu dalam beberapa rancangan antaranya Rain Or Shine (2017) dan Matrimonial Chaos (2018). Popularitinya melonjak naik pada 2019 setelah memegang peranan sebagai permaisuri Cho dalam siri terbitan Netflix, Kingdom.
Dia turut memenangi anugerah pelakon baru wanita terbaik di Blue Dragon Film Awards ke-40 menerusi filem Another Child yang ditayangkan pada 2019.