Tidak Mudah Melenting Dengan Kritikan
Walaupun wataknya sebagai permaisuri antagonis dalam Kingdom berjaya mencuri hati ramai penonton, ada juga yang menyelarnya kerana tidak menjiwai watak dengan baik pada musim pertama.
Kim bagaimanapun menerima kritikan ini dengan hati terbuka dan mula mengasah bakat lakonannya untuk musim kedua.
“Saya hilang keyakinan waktu itu. Ia kesilapan saya sendiri. Saya berasa sangat malu dan mula bermuhasabah diri. Saya tahu saya perlu tonjolkan kualiti lakonan yang lebih baik pada musim kedua dengan lebih memahami genre siri tersebut,” ujarnya kepada Korea Times.
Dengan usaha keras yang ditunjukkannya dalam siri itu, Kim terpilih sebagai salah seorang daripada 200 bintang Korea yang ditampilkan dalam pameran The Actor Is Present yang berlangsung di kota New York dan Seoul anjuran Majlis Filem Korea.
Foto: Nylon Korea
Baca: 5 Fakta Mengenai Jung Ho Yeon, Bintang Paling Menyerlah Dalam K-Drama Popular, Squid Game