Kerjaya Seninya Bermula Dari Rancangan Realiti
Lee Ji Han menceburi industri hiburan Korea Selatan menerusi Produce 101, rancangan realiti idola di mana seramai 101 pelatih K-Pop dipilih untuk bersaing dan membentuk sebuah kumpulan yang terdiri daripada 11 ahli.
Menurut Billboard, dia merupakan pelatih di bawah Pan Entertainment sewaktu mengikuti uji bakat untuk rancangan itu pada 2017. Dia mempersembahkan lagu Overdose daripada kumpulan Exo dan dipilih menjadi peserta pada musim kedua. Bagaimanapun dia tersingkir pada episod kelima.