Pelakon filem Tenggelamnya Kapal Van der Wijck, Pevita Pearce menamatkan zaman bujangnya dengan lelaki pilihan, Mirzan Meer yang merupakan anak kepada Pengerusi Eksekutif Habib Group iaitu Datuk Seri Meer Habib di Kuala Lumpur.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah perumpamaan bagi pasangan sejoli ini yang menyulam cinta merentasi dua negara, Malaysia dan Indonesia.
Berita gembira yang mengejutkan ini telah mematahkan hati ramai wanita dan lelaki, tatkala dua insan yang berprofil tinggi telah melangsungkan acara akad nikah dan resepsi secara tertutup dengan kehadiran kehadiran keluarga dan sahabat terdekat.