2. Usahawan Kaya
Setelah menamatkan pengajiannya di England, Mirzan Meer mula berkhidmat sebagai Pengurus Besar di syarikat jam tangan terkenal, Time Zone, yang memberi tumpuan kepada pembangunan jenama jam tangan mewah di Malaysia sejak tahun 2018. Tidak menghairankan beliau memegang jawatan tinggi ini, kerana Time Zone merupakan salah satu syarikat di bawah naungan Habib Group.
Mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang reka bentuk, ia membantu beliau dalam pemilihan dan kerjasama dengan jenama berkualiti tinggi.