5. Dikenali Sebagai Ahli Parlimen Terkaya
Rishi berkenalan dengan isterinya, Akshata Murty sewaktu bergelar penuntut di Universiti Stanford. Mereka melangsungkan perkahwinan di Bangalore, India pada 2009 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Krishna dan Anoushka.
Akshata merupakan pereka fesyen terkenal dan anak kepada NR Narayana Murthy, lelaki keenam terkaya di India. Selain mengurus jenama fesyen sendiri, Akshata Designs, dia juga merupakan pengarah firma modal usaha niaga yang diasaskan oleh bapanya.
Nilai kekayaan pasangan suami isteri itu dianggarkan berjumlah RM3.99 bilion, hampir dua kali ganda jumlah kekayaan peribadi Raja Charles III (RM2.07 bilion). Ini menjadikan mereka antara yang terkaya di United Kingdom sekali gus memberi Rishi gelaran tidak rasmi sebagai ‘ahli parlimen terkaya’.