Laman sosial hangat baru-baru ini apabila peminat mendakwa gambar bayangan seorang lelaki yang dimuat naik oleh Ameera Khan dipercayai adalah Tengku Datuk Seri Abu Bakar Ahmad Tengku Abdullah.
Nama Tengku Datuk Seri Abu Bakar Ahmad Tengku Abdullah atau lebih dikenali sebagai Tengku Bakar Ahmad, kini semakin menjadi perhatian ramai apabila dikaitkan sebagai teman rapat kepada pempengaruh terkenal, Ameera Khan.
Dakwaan itu tercetus selepas netizen menyedari persamaan aksesori yang dipakai, khususnya rantai dan gelang yang didakwa sama seperti yang pernah dilihat pada Tengku Bakar dalam beberapa penampilan terdahulu.
Perincian kecil itu pantas menjadi bahan perbincangan, sekali gus menguatkan lagi spekulasi mengenai hubungan mereka.
Namun di sebalik sorotan dunia hiburan dan media sosial, Tengku Bakar sebenarnya merupakan seorang tokoh korporat berprofil tinggi dengan rekod kerjaya yang kukuh dalam dunia perniagaan Malaysia.
Bekas Pengerusi Eksekutif Datasonic
Datasonic Group Bhd mengumumkan perletakan jawatan Pengerusi Eksekutif, Tengku Datuk Seri Abu Bakar Ahmad Tengku Abdullah berkuat kuasa pada Februari 2025 tahun lepas.
Tengku Abu Bakar yang dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif pada 26 Julai 2023 telah meletakkan jawatan untuk meneruskan minat lain.
Pengerusi FOMEMA
Bersama adinda, YM Tengku Shaheera, mereka kini menerajui FOMEMA, agensi pemantauan pemeriksaan kesihatan pekerja asing Malaysia.
Graduan Australia
Beliau merupakan graduan dari Swinburne University of Technology, Melbourne, Australia, dan berjaya menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Perakaunan) pada Disember 2009.
Penglibatan lain
Beliau juga terlibat dalam lembaga pengarah syarikat seperti Wellspire Holdings Bhd (Pengerusi Bukan Eksekutif), Central Global Bhd, dan Bookdoc Holdings Bhd.
Baca: Siapa Jefri Nichol? Teman Mesra Ameera Khan Di Jakarta


