Majlis Siraman Istiadat Perkahwinan Diraja telah menarik perhatian rakyat, menyaksikan sejarah cinta agung dua individu dari keluarga Di-Raja dan rakyat biasa yang dihormati di Malaysia.
Dilahirkan dalam keluarga berprofil tinggi, anak kedua pasangan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datin Seri Anggraini Sentiyaki, Tengku Natasya Puteri telah dilamar menjadi suri hati Putera Diraja YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah yang dijadualkan berlangsung pada 24 Oktober, 25 Oktober dan 27 Oktober 2024 di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.
Mempunyai ciri-ciri wajah klasik elegan dengan kulit yang halus dan berseri, penampilan Tengku Natasya sering menjadi tumpuan khalayak rakyat yang ingin mengenali beliau dengan lebih rapat.