KATSEYE dalam krisis?
KATSEYE sekali lagi menjadi perhatian selepas dua anggotanya, Manon Bannerman dan Sophia Laforteza, mengambil keputusan untuk berehat daripada aktiviti kumpulan.

Situasi ini mencetuskan persoalan dalam kalangan peminat tentang apa yang sebenarnya berlaku.
KATSEYE kini tinggal empat anggota, apa sebenarnya berlaku?
Ketiadaan dua anggota dalam tahun yang sama sememangnya menimbulkan persoalan. Tambahan pula, KATSEYE kini berada dalam fasa penting dengan pelancaran EP baharu WILD dan jelajah dunia.

Manon Bannerman berehat sejak Februari
Manon Bannerman merupakan anggota pertama KATSEYE yang diumumkan mengambil hiatus sementara pada Februari 2026. Menurut kenyataan bersama HYBE dan Geffen Records, Manon mengambil masa untuk memberi tumpuan kepada kesihatan dan kesejahteraannya. Pihak pengurusan turut menegaskan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas perbincangan bersama dan mendapat sokongan penuh mereka.
Namun begitu, tempoh ketiadaan Manon yang berpanjangan mula mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat. Ada yang mengaitkannya dengan tekanan sebagai seorang artis muda, manakala ada juga yang membuat andaian mengenai isu dalaman (pergaduhan) kumpulan.

Sophia pula?
Perkembangan terbaharu pada 1 September 2026 menyaksikan Sophia Laforteza masih meneruskan tempoh rehatnya dan tidak akan menyertai bahagian Eropah serta UK bagi The WILD WORLD Tour yang berlangsung dari 1 hingga 17 September.
HYBE x Geffen Records memaklumkan bahawa Sophia sedang memberi tumpuan kepada kesejahteraannya dan pihak pengurusan komited untuk memberikan sokongan serta sumber yang diperlukan sepanjang tempoh pemulihannya.
Ketiadaan Sophia bermakna KATSEYE kini meneruskan promosi dengan Daniela, Lara, Megan dan Yoonchae, sementara Manon juga masih berehat daripada aktiviti kumpulan sejak Februari lalu.
Sudah terlepas beberapa acara penting
Sebelum pengumuman rasmi mengenai hiatus, Sophia telah beberapa kali tidak hadir dalam acara KATSEYE.
Antaranya ialah persembahan KATSEYE di Hinterland Music Festival di Amerika Syarikat serta tayangan khas dokumentari kumpulan, KATSEYE: WILD HEARTS, di Los Angeles.
Ketiadaannya ketika kumpulan sedang giat mempromosikan EP terbaharu WILD membuatkan peminat mula mempersoalkan keadaan sebenar Sophia sebelum pihak pengurusan akhirnya mengesahkan hiatus tersebut.
Baca: 7 Bintang Girl Group Antarabangsa Yang Sedang Menguasai Radar
