Menurut syarikat itu, foto Lipa sedang beratur di lapangan terbang yang dirakam pada Februari 2019 telah dimuat naik oleh penyanyi itu di Instagram pada bulan yang sama berserta kapsyen, “I’ll be living under big fluffy hats until further notice,” sebelum dipadam tidak lama kemudian.
Namun apakah isunya di sini? Menurut Integral Images, Lipa memperoleh keuntungan daripada foto tersebut kerana setiap hantarannya di Instagram menjana pendapatan buat pemasaran dan jenamanya.
Jelas BBC News, sehingga kini Lipa dan pasukannya masih belum memberi respons terhadap saman itu. Malah isu ini nampaknya tidak menganggu fikirannya walau sedikit pun kerana dia dilihat terus memuat naik fotonya sedang berseronok bersama rakan-rakan.