Iggy Azalea bakal mengucapkan selamat tinggal kepada peminat-peminatnya tidak lama lagi.
Menerusi satu ciapan di Twitter baru-baru ini, Iggy mengumumkan dia akan mengambil masa beberapa tahun untuk berehat daripada industri muzik selepas melancarkan album ketiganya, End of an Era bulan hadapan.
Tambahnya, keputusan ini dibuat untuk memberi fokus kepada projek kreatifnya yang tiada kena mengena dengan bidang muzik.
Dalam pengumuman itu, penyanyi rap kelahiran Australia ini mendedahkan dia teruja untuk memberi fokus dan tenaga kepada perkara baharu dan berharap peminat akan terus memberi sokongan.
“End of an Era” is so special to me because after I drop my album next month iam going to take a few years to focus on other creative projects and things I’m feeling passionate and inspired by, beyond music.
— IGGY AZALEA (@IGGYAZALEA) July 15, 2021
I’m excited for you guys to see different sides to me in the future.