Iggy baru-baru ini menerima kecaman setelah melancarkan video muzik untuk lagu terbaharunya, I Am the Stripclub.
Ramai netizen mengkritik penyanyi itu dengan tuduhan ‘blackfishing’, istilah yang merujuk kepada tindakan orang kulit putih yang sengaja menggunakan mekap atau suntingan untuk tampil seperti orang kulit hitam.
Dalam video tersebut, dia dilihat menyarung rambut palsu berwarna hitam dan kulitnya juga kelihatan lebih gelap berbanding biasa.