Pelantun lagu Fancy itu tidak sekadar berdiam diri. Dia membalas kritikan peminat menerusi satu ciapan di Twitter.
“Warna kulit saya sama sahaja, cuma ia kelihatan berbeza di bawah cahaya malap dan lampu merah. Solekan yang saya kenakan juga sama dari awal hingga akhir video, hanya tambahan smokey eye dan rambut palsu. Abaikan sahaja, tiada siapa peduli. Biarkan mereka terus bercakap,” tulisnya.
Foto: Stefanie Keenan/Getty Images
Baca: Rayuan Bruno Mars Untuk Memeriahkan Pentas Grammy Diterima!