Kendall Jenner dilaporkan telah memecat seorang pengawal peribadinya selepas insiden rompakan di rumah agamnya minggu lalu.
Supermodel yang berusia 21 tahun itu dikatakan telah mengadakan sebuah parti di kediamannya yang bernilai US$6.5juta pada Rabu lalu.
Kendall dikhabarkan telah keluar selama sejam pada waktu tengah malam semasa berlangsungnya parti anjurannya itu. Menurut laporan TMZ Online, pengawal telah diarah untuk berada di luar ketika seorang tetamu yang tidak diundang menyelinap masuk ke dalam kediaman itu dan berjaya membawa lari barang kemas bernilai US$200,000 dari kamar Kendall termasuklah jam tangan Rolex dan Cartier.
Model Victoria’s Secret tersebut hanya menyedarinya setelah pulang ke kediamannya dan menghubungi pihak polis. Satu sumber memberitahu pihak US Weekly, pengawal peribadi tersebut hanya bekerja untuk Kendall dalam jangka masa yang pendek.
Pengawal tersebut mula dipanggil bekerja untuk Kendall selepas insiden di mana seorang stalker sering memerhati dan mengikuti jejak langkah Kendall pabila dia berada di rumahnya.
Kes rompakan Kendall merupakan insiden menakutkan terkini yang berlaku terhadap keluarga Kardashian-Jenner.