Selebriti popular, Janna Nick wajar menjadi contoh di kalangan anak muda dalam mengumpul aset hartanah, kini antara selebriti memiliki kediaman kedua!
Menerusi Instagram miliknya, penyanyi lagu popular, Gatal, itu memuat naik foto yang berlatarbelakangkan rumah teres dua tingkat yang baru dibeli kelmarin. Berarkitek moden dan taman luas, Janna teruja untuk kongsikan hasil kerja kerasnya selama ini kepada peminat melalui Instagram.
Kata Janna, berusia 27 tahun, “Alhamdulillah done tambah hutang. Jom la kerja lebih keras lagi,” tulisnya sambil disusuli dengan hashtag #newhouse.
Sebelum ini, pada tahun 2017, Janna sudah miliki rumah pertamanya dengan hasil titik peluh pada usia 21 tahun. Namun beliau mengakui banyak pengorbanan terpaksa dilakukan demi merealisasikan impiannya itu.
“Alhamdulillah saya berjaya menunaikan hasrat membeli rumah pada usia 21 tahun, sekali gus merealisasikan matlamat sejak berada dalam bidang seni. Tipulah jika tiada keinginan berbelanja, namun nafsu itu dapat dikawal. Saya memuat naik gambar di Instagram bukanlah untuk menunjuk,” katanya ketika itu.
Artikel berkaitan: FAZTIVAL FAZURA 2022 Cipta Dua Pengiktirafan Malaysia Book Of Records!