Berita tersebut muncul setelah lebih 60,000 orang menandatangani petisyen untuk menghalang Travis membuat persembahan di festival muzik itu.
Petisyen itu menggesa Goldenvoice, AEG dan pengasas bersama Coachella, Paul Tollet untuk menggugurkan nama Travis dengan alasan teman lelaki Kylie Jenner itu mempamerkan kecuaian yang teruk dan tidak mempunyai belas kasihan terhadap kehidupan manusia.
Menurut Variety, penganjur festival memaklumkan perkara itu menerusi ejen Travis dan sanggup membayar sejumlah wang sebagai ganti rugi.