Bapa kepada seorang cahaya mata itu baru-baru ini diwawancara oleh Charlamagne tha God selama hampir satu jam di mana dia bercakap mengenai isu keselamatan dan menyatakan keinginannya untuk mengenal pasti kejadian yang berlaku supaya tragedi sedemikian dapat dielakkan di konsert akan datang.
Namun dia turut menegaskan pendirian bahawa isu perancangan dan penjagaan keselamatan adalah tanggungjawab pihak profesional, bukannya artis.
“Sebagai artis, anda hanya perlu berkreatif. Dan untuk festival yang saya anjurkan, saya perlu membawa barisan artis, menampilkan mereka secara kreatif. Kami meletakkan kepercayaan kepada pihak keselamatan profesional untuk memastikan penonton hadir dan pulang dengan selamat,” katanya.