Keshi telah mengumumkan konsert jelajah Asia, bakal melangsung HELL/HEAVEN di Kuala Lumpur dan enam negara asia lain pada November dan Disember ini.
Penyanyi, penulis lagu dan multi-instrumentalis, Keshi telah mengumumkan konsert jelajah Asia melalui media sosial Instagramnya pada Isnin lalu. Antara negara Asia yang bertuah dipilih antaranya, Bangkok, Singapura, Kuala Lumpur, Seoul, Tokyo, Manila dan Taipei.
Jelajah itu akan bermula di Very Festival di Bangkok, Thailand pada 26 November dan kemudian ke Singapura di The Star Theatre pada 30 November. Jelajah itu juga akan menyaksikan Keshi membuat persembahan di Dewan 8 KLCC Kuala Lumpur, Manila’s New Frontier Teater dan Taiwan Zepp New Taiwan.
Butiran tiket untuk konsert Keshi yang akan datang di Singapura, Manila, Tokyo dan Taiwan telah diumumkan, manakala butiran untuk persembahan yang selebihnya akan didedahkan dalam beberapa hari atau minggu akan datang.
Tiket pra-jualan Fanclub untuk konsert Singapura akan tersedia jual mulai 12 Julai (jam 10 pagi SGT) melalui laman web rasmi Keshi, manakala pas pra-jualan Live Nation mula dijual pada hari berikutnya.
Pas VIP berharga $288, tiket premium peluang bergambar dengan Keshi, sesi Meet and Greet tandatangani, rantai leher Keshi tersuai dan akses awal ke gerai barangan.
Jelajah Asia Keshi yang akan datang adalah yang terbaru diumumkan untuk rantau ini pada tahun ini. Selebriti terkenal lain yang bakal membuat persembahan pada tahun ini termasuk Billie Eilish, Justin Bieber, LANY dan banyak lagi.
Ketahui lanjut mengenai konsert Keshi di laman rasmi LiveNation
Tarikh jelajah Asia 2022 ‘HELL/HEAVEN’ Keshi ialah:
NOVEMBER:
26 – Very Festival – Bangkok, Thailand
30 – The Star Theatre – Singapore
DISEMBER:
03 – KLCC Hall 8 – Kuala Lumpur, Malaysia
06 – YES24 Hall – Seoul, South Korea
08 – Ebisu The Garden Hall – Tokyo, Japan
11 – New Frontier Theatre – Manila, Philippines
14 – Zepp New Taipei – Taipei, Taiwan
Artikel berkaitan: BLACKPINK Bakal Comeback Ogos Ini!