Oleh: Farhana Fuad
Gambar: TPGimages
Kali ini, H&M jenama fesyen yang cukup terkenal di seluruh dunia tampilkan filem pendek yang mementaskan gandingan bekas pemain bola sepak dunia, David Beckham dan aktor komedi, Kevin Hart. Filem pendek ini bertajuk ‘I, Beckham: The Movie’ dihasilkan bersempena kempen terbaru H&M iaitu Modern Essentials by David Beckham. Menerusi filem pendek ini, Kevin membawa watak dirinya yang mana Beckham merupakan idolanya.
Segala gerak geri, pilihan helaian fesyen harian Beckham bermula dari sarapan pagi sehingga waktu tidur, semuanya ditiru oleh Kevin. Menurut Beckham, “Kevin merupakan seorang yang kelakar dan bijak. Saya suka lakukan sesuatu yang diluar jangkaan untuk kempen H&M. Saya harap semua orang terhibur apabila menontonnya seperti mana saya seronok melakonkannya,” ujar bekas pemain bola profesional ini kepada media antarabangsa.
Kevin pula berkongsi kisahnya bersama Beckham dan secara berseloroh menyatakan Beckham bersikap agak diva kala di set. “He told me not to screw it up and he wished I was taller,” kata Kevin. Tambahnya lagi, menjadi Beckham adalah sangat mudah kerana “the thing that David and I have in common is sexiness. It comes naturally to me.”
Tonton filem pendek gandingan Kevin Hart dan David Beckham untuk kempen terbaru H&M di bawah yang bertajuk ‘I, Beckham: The Movie’ .
https://www.youtube.com/watch?t=1&v=76n2Rtm3tsw