HYBE secara rasmi telah mengumumkan Heeseung meninggalkan ENHYPEN. Pengumuman tersebut mengejutkan ramai peminat di seluruh dunia, mencetuskan pelbagai reaksi dan perbincangan dalam kalangan peminat K-Pop.

Berita yang disahkan oleh HYBE baru-baru ini tersebar dengan pantas di pelbagai platform media sosial, sehingga menjadi topik hangat dalam kalangan komuniti peminat K-Pop yang cuba memahami situasi sebenar di sebalik keputusan besar tersebut.
Atas sebab keinginannya untuk meneroka arah muzik yang lebih peribadi, Heeseung dikatakan mempunyai visi muzik yang tersendiri. Perkara ini menunjukkan bahawa beliau ingin memberi tumpuan kepada perjalanan seni yang lebih selari dengan identiti serta kreativiti dirinya selepas meninggalkan ENHYPEN.ย
Keinginan untuk mengekspresikan gaya muzik yang lebih bebas dipercayai menjadi salah satu faktor utama yang mendorong keputusan tersebut, demi membuka ruang untuk beliau mencuba pendekatan muzik yang berbeza daripada bertentangan dengan konsep ENHYPEN.

โHello, ini Heeseung. Saya tahu ramai ENGENE pasti terkejut dengan berita ini, jadi saya mahu kongsikan sendiri perasaan saya. Enam tahun bersama ENHYPEN penuh dengan momen yang tidak dapat dilupakan, terima kasih kepada ahli kumpulan dan ENGENE yang sentiasa menyokong saya. Semasa menyiapkan projek peribadi, saya ingin berkongsi tanpa meletakkan cita-cita sendiri di atas pasukan, dan selepas perbincangan panjang, saya membuat keputusan untuk meninggalkan kumpulan dengan cara yang saya harap menghormati semua. Saya mohon maaf jika ini mengejutkan atau membimbangkan anda, dan saya akan terus melangkah dengan kasih sayang ENGENE dalam hati. Terima kasih, saya sayang anda.โ tulis Heeseung dalam surat yang dikongsikan di Weverse.
Peminat masih lagi cuba mencerna maklumat yang baru sahaja menimpa, bercampur dengan perasaan sedih dan ingin tahu. Walaupun keputusan ini sukar untuk diterima oleh sebahagian, pihak HYBE menegaskan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas pertimbangan yang panjang dan teliti.ย
Mereka juga berharap peminat dapat memahami bahawa langkah ini diambil demi masa depan kedua-dua pihak, ENHYPEN dan juga perjalanan seni Heeseung sebagai seorang artis. Dalam masa yang sama, peminat turut menyatakan sokongan mereka terhadap kedua-dua pihak, walaupun berita tersebut datang sebagai satu kejutan besar.
Namun begitu, ini bukanlah penamat buat Heeseung. Sebaliknya, menandakan permulaan kepada chapter baru dalam kerjayanya. Difahamkan bahawa Heesung kini sedang membuat persiapan untuk melancarkan album solo pertamanya di bawah BELIFT LAB, sekali gus memberi peluang kepada peminat untuk melihat sisi muzik yang yang tersendiri dan unik.ย
Projek solo ini dijangka memberi gambaran lebih jelas tentang identiti muzik peribadinya, selain membuka peluang kepada peminat untuk mengenali sisi kreatif Heeseung dengan lebih mendalam. Ramai juga yang menantikan bagaimana perjalanan baru ini akan membentuk kerjayanya pada masa hadapan, serta apakah jenis muzik yang bakal diperkenalkan kepada peminat di seluruh dunia.
